Monday 6 September 2010

Assalamualaikum ;

Ramadhan akan berlalu tak berapa hari je lagi, memberi laluan pada Syawal ..
Bagaimana agaknye kualiti Ramadhan kita kali ni, moga2 Allah swt menerima dan memberi ganjaran atas amal ibadah kita.

Kalau kat Malaysia tu semua dah berpusu2 beli belah , balik kampung pun dah ramai kot as cuti sekolah dah start. Wah seronoknye kan ?
Takpe lah, bg kami yang beraya di Nihong ni , bersiap ala kadar je. Yg pasti 2 Izz dah ade sorang sepasang baju jalan2. Baju Melayu pakai aje la yg thn lepas . Ami dgn babah, mcm biasa baju recycle je la ...
Raya ni tak tau nak masak apa, biasanya mcm tahun2 lepas, kami di Ehime ni beraya ramai2 kat hall di Ehime U. Kouhaitachi ( adik2 junior ) ade 3 org yg tak balik.. 1st time raya diorang kat perantauan. Yg lain semua dah balik Malaysia. Family tinggal Norlin dan kami jela..
Semalam berbuka kat umah Norlin di Matsuyama, sembang2 lepas abis berbuka.. konon2 nak buat kuih raya, tak tau le jadi ke tak ? Hehe
Plan nye nak jugak buat .. cari 2 resepi kuih raya peberet .. jumpe la resepi ni kat blog Fith, Yamaguchi (minta izin share ye )

sebelum bakar
selepas bakar


Semperit

Bahan2:
200 gm mentega
1/2 cawan gula
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung kastard

hiasan ceri ( saye ganti dgn kismis hitam )
pewarna kuning telur ( x letak pun )

Cara2:
- ayak ketiga2 tepung
- pukul mentega dengan gula hingga kembang
- masukkan kuning telur dan esen vanila
- masukkan tepung dan kacau sebati
- bentukkan dengan acuan samperit, hias dan bakar pada suhu 150darjah selama 15-20minit

Harap2 menjadi la plan ni ... Kalau jadi nanti baru letak gambar. Kalau takde gambar tu maknenye tak buat la tu ...

 # update ~ kuih samperit saye dah menjadi. mmg resepi ni sgt sedap !! Tak rugi mencube .

Balik pada cerita raya tadi,
Sambutan kat sini , tak le semeriah kat Malaysia, tapi kami sambut seadanya dgn menu negara masing2.. Sini sambutan kira International jugak le, byk foreigner Islam ..
Apa pun semoga Allah merahmati setiap apa yg kita lakukan .. Amin

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

... jom cuci mata