Thursday 25 November 2010

.. 203, Chuyo Biru, Mnamigata

welcome to our small  house !










pudina dan cili yg dah tak hidup saat ini ;)

view dari balcony .

Telur dadar lady's choice

Telur dadar Lady's Choice amat mudah disediakan  ( resepi celup kat myMetro ) .. sesuai utk d makan dgn roti. tapi kalau ikut article tu sedap juga djadkan lauk pauk dgn nasi .. Cuba lah sendiri. sbb saya pun belum try lagi. Nampak terus cnp kat blog ni .

ramuan 

telur ( dadarkan)
cili merah,
bawang merah,
daun bawang,
sedikit minyak,
garam, dan lada sulah
serta jgn lupa sedikit mayonis. ;)

Wednesday 17 November 2010

TAKBIR

... Eid-ul Adha 1431 H

Assalamualaikum,

Pagi2 ni nak ucapkan selamat menyambut hari raya korban pada sekelian teman2 pengunjung blog dan sesiapa yg mengenali . Tahun ni tak bersiap apa pun sebab abg keje dan zikry sekolah macam biasa. Badan pu tak berapa nak sihat. Tu yg tak de mood langsung nak bersiap kali ni. Ampun dan maaf buat semua ye.
Sebelum berundur nak cnp kata2 yg saya jumpe kat FB pagi ni ;

"... semoga kita ikhlas dlm menerima sgl yg terjadi dlm hidup kita sbg hamba-Nya sptmana Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s, insya-allah "
 - nora syuhada -
"...  for me, Korban means "melepaskan sesuatu yang disayangi semata-mata kerana Allah Ta'ala..."   - aimi reduzan -

Wednesday 10 November 2010

... anak anak ku dan kulit roti

Assalamualaikum sekali lagi,

Mode rajin pulak  hari ni, sebenarnye ini yg saya nak tulis td . Tetiba jd citer aki ngan fuyu pulak.

Okey, cter pasal kulit roti ni berkenaan 2 hero rumah kecik saya ni. Izz Zikry dan Izz Zafri  yg tak suke sgt makan kulit roti atau pun lebih senang cakap tepi keliling loaf bread tu. Kalau makan rot tu, tak buang tepi nye , maka jap lagi bertabur la atas lantai dibuat si kecik. Yg abg nye  tak la buang merata . Kalau abgnye buang merata, siap la kan...
Satu hari tu bila abg balik keje, abg bg satu bungkus kecik mcm door gift tu, Rupanye dlm tu ade kulit roti yg dah dibuat ala2 roti bakar. Kreatif pulak rasanye org jepun ni. Walhal bende simple jer tu. Bebudak ni pulak ske sgt. Pelik betul selera budak2 kan. Jenuh nak ikut satu2. Daripada situ la, saya curi idea tu bg budak2 ni makan kulit roti. Kulit roti yg dorang tak makan tu saya simpan dan buat mcm idea wife senpai  = senior abg tu. Bagi sesapa yg anak2 tak makan kulit roti tu boleh la cube buat. Kot2 nak pulak makan kan .. simple jer

Bahan- bahan

kulit roti ( d potong panjang )
Butter
Gula pasir halus

Cara-cara

1. Sapu butter pada permukaan roti  ( yg putih tu )
2. Susun byk2 atas dulang pembakar dan bakar dengan bhgn putih roti di atas. Bakar dlm 10 minit pun ok atau hingga nampak perang.
3. Keluarkan lepas bakar dan tabur gula pasir halus pula. Kalau bleh biar byk gula yg lekat kat butter td tu.
4. Susun semula atas dulang pembakar. Kali ni terbalik pulak. Biar kulit roti di bhgn atas. Bhgn bergula di  bawah. Bakar lagi dlm 10 minit ..
5. Dah siap bakar biarkan sejuk dan boleh simpan dlm balang atau bekas kedap.

Rasanya mcm makan biskut jejari.. hehe. simple kan ? Anak2 saya suke makan

ni lah rupe nye, tp ni terlebih kaler.. hehe

... November 2010

Assalamualaikum ;

Entry pertama dlm bulan November yg sejuk2 ni. Aki = autumn kali ni dah macam Fuyu = winter rasanya.. Sapa yg stay kat Nihon ni tau le mcm mana sejuk thn ni. Bg yg tak pernah rasa tu, nak citer sejuk nye adalah lebih dr aircond yg korang pasang paling minimum 16'c , kat tempat saya ni dah capai suhu 14'c masa siang and malam dah sampai 9'c.
Lama tak menulis ni bukan ape, kalau nak ckp bz tu mmg dah hari2 bz nyer.Yg betulnye mood tak ok sebab lately badan tak berapa nak sihat ..
Kebetulan dah cerita pasal sejuk mejuk ni kan, teringat masa 1st time saya jejakkan kaki ke bumi Nihon dulu. Masa tu bulan Oktober 2006. Angin2 sejuk mcm ni lah jugak. Masa dtg tu berdua aje dgn Zikry and segala persiapan hanya mak yg tolong. Nasib baik la mak masih cergas lagi walau dah umur 56 thn masa tu, lepas pencen bln 5 tu. Dan sampai hari ni pun alhamdulillah mak masih aktif ke masjid, majlis2 ilmu, berpersatuan dan byk lagi la. Ye lah dah takde sapa nak di jaga, cuma jaga diri sendiri.. Arwah abah dah lama pergi dulu 2/8/2005 akibat " Carcinoma of Rectum " atau kate mudahnye kanser usus. dan komplikasi2 lain.
Balik pada citer persiapan kan.. biasa lah sape2 yg dah tahu keadaan musim tempat yg di kunjungi mesti sibuk beli ape yg patut . Macam saya sibuk la shopping baju2 tebal, walhal abg dah kata tak payah beli byk sgt. Tapi saya ni kategori degil dan suke ber belanja. Nak buat mcm mana kan...
Bila dah dok sini baru lah tahu, betul ape yg abg bgtau dulu. Kalau nak dtg dok sini tak payah la beli byk baju tebal kat Malaysia coz harga di Nihon ni jauh lebih murah memandangkan mmg itu pakaian dorang masa fuyu.. Saya pernah shopping baju winter kat Malaysia dgn harga RM 200++ sepasang walhal kat Nihon ni saya dpt dlm RM 70 ++ je. Rasanya negara2 lain yg ade winter pun macam tu kot. So. suke lah saya nak berpesan pada korang atau sanak sedara korang yg nak menetap di negara2 4 musim ni, tak payahlah berhabis byk sgt di Malaysia . Selain harga yg mahal, korang nak bwak pun leceh .. berat dan ambik space yg byk dlm luggage tu. Pesan macam terer je kan ??? Takpe la, kalau dah tahu tu, baca ajelah buat cuci mata. Kalau belum tahu ambik la sebagai ilmu dari pengalaman saya.

P/s :
Bagi yg mmg dah dok kat Nihon .. best tak aki tahun ni ?
Bagi yg akan berangkat ke luar negara .. selamat berangkat dan merasa hidup di negara org.
Bagi yg teringin nak keluar negara .. semoga impian korang jd kenyataan...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

... jom cuci mata