Tuesday 21 September 2010

Kek Pisang Marble




This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
Bahan bahan

2 cawan tepung gandum
1 cawan gula ( sya letak 3/4 cwn je )
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan susu segar ( saya letak 3/4 cwn sebab sblm masuk susu , adunan saya nampak  pekat je )
4 biji pisang yang ranum ( 3 biji pisang )
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
secubit garam
sedikit esen vanila
3 biji telur ( sya guna 2 biji saje saiz M )
sedikit coklat emulco ataupun serbuk koko

Cara-caranya

1. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat, selepas itu, lenyek pisang dan campur sedikit dengan garam, ketepikan, kemudian, pukul telur bersama gula hingga kembang.

2. Setelah adunan telur sudah kembang, masukkan pisang yang telah dilenyek tadi bersama minyak masak, kacau sebati, selepas itu masukan tepung sedikit demi sedikit dan masukkan pula susu segar dan esen vanila, kacau sebati menggunakan spatula atau senduk kayu.

3. Ambil kira-kira 2 senduk adunan kek, dan campurkan dengan coklat emulco atau serbuk koko, kacau sebati dan ketepikan. Curah baki adunan kek pisang di dalam acuan bulat, kemudian curah pula adunan coklat, lorekkan perlahan dengan menggunakan garpu, bakar kek pada suhu 170 darjah celcius selama 60 minit, setelah siap di bakar, sejukkan atas redai , Selamat Mencuba. 



ni rupe sebelum masuk oven


presentation x lawa. :)
#  hasil resepi yg bebrapa sukatan bhnnye di ubahsuai. maybe saye kene kurangkan masa bakar coz  rasa cam terlebih garing pulak. rasa dah ok. tp saya tak berapa puas ati ngan rupe kek saya. kalau ade yg nak try better refer resepi asal di sini oleh ros jintanmanis.com .

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

... jom cuci mata