Monday 5 April 2010

Jalan2 Matsuyama Town















hasil jalan2 semalam sebelum gi Nitori ..
SOOC photos ..

... completed the mission

~ what mission on 4/4/2010 ? ;)
Randoseru mission !!
At last we managed to bought that ' takai ' knapsack/schoolbag for him at Nitori after a few weeks planning.. but sadly the colors is not so nice to me. No more choices .. the only colors is brown.. light brown actually.
Can you imagine that randoseru price is 6600 yen which is nearly RM300 .. haha.
The real price is 7900 yen and it sold cheaper bcoz a small scratch.. Full stop !



Saturday 3 April 2010

Mari Meroti Di Pagi Sabtu

Dari semalam hati memang dah rasa sgt2 nak meroti.. Bukan apa, nak try guna Water Roux macam yg saya selalu tgk kat blog kawan2 kat sini. Cari punyer cari dapatlah resepi roti dari ROS
Sebenarnya saya buat blog ni hanya untuk koleksi peribadi.. senang nak rujuk bila nak buat nanti.. tapi kalau ade yg nak follow boleh jer.. saya ni bukan pandai masak pun; tapi dah duduk negara org dah tu bukan negara Islam pulak mmg susah nak dapat yg halal.. kene la belajar buat sendiri semuanya.
Hopefully bila balik Malaysia nanti semua ni tak terkubur macam tu je.. ;) Maklumlah balik nanti sure bz sgt2 sebab saya kene keje balik.. Dah dekat 3 tahun tinggalkan keje.
Balik pada cerita asal meroti yer..
Resepi roti tu kalau nak tgk yang asal boleh tgk SINI ye. Tapi yang saya buat ni dah kene tokok tambah le.. sebab tu nama roti dah lain.. Maaf lah Ros . Apa pun roti Ros still the best lah !

Bahan-bahan ( 12 biji )

250gram tepung roti
1 1/2 sudu kecil yis
2 sudu besar butter
1 sudu besar susu tepung
2 sudu besar gula

150ml susu segar suam

3 sudu besar serbuk Milo di bancuh dgn 3 sudu besar air panas

2 sudu besar water roux*
1/2 sudu kecil garam
Chocolate chip utk hiasan * kalau nak letak dlm roti pun boleh masa buat doh tu masuk sekali tapi kene banyak le baru best.. saya tak letak dlm roti sebab stok tak cukup.. hehe

*Water Roux

25 gram tepung gandum
125 ml air
campur tepung gandum dengan air dan kacau hingga pekat dengan menggunakan api perlahan setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan, ( bahagi dua kuantiti water roux tadi, dan boleh digunakan utk 2 adunan roti)
Cara-Caranya ( Jika Menggunakan Tangan)- Doh Roti
1. Satukan tepung roti , yis kering , butter , gula dan garam di dalam bekas adunan dan buat lubang ditengah.
2. Kemudian masukkan susu segar, bancuhan milo pekat dan water roux di dalam tepung dan uli rata hingga menjadi doh. Pastikan doh lembut dan elastik, kemudian letak didalam bekas dan tutup dengan plastik wrap. Perap 45 minit hingga doh menjadi dua kali ganda.
Bread Maker:
1.Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker, pilih menu dough dan tunggu sampai siap lebih kurang 1 jam 30 minit ikut BM masing2 le.
2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Uli 5 minit, kemudian bahagi doh pada 12 bahagian kecil dan letakkan dalam acuan petak dan biarkan naik dua kali ganda . Susun chocolate chip atas roti tekan sikit.. jgn kuat2 asalkan lekat sudah le..
3. Bakar dalam oven pada suhu 180C ke 170C selama 17 – 2o minit. Gliss mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven dan sejukkan atas redai. Simpan roti dalam bekas kedap udara untuk mengekalkan kelembutan roti.
Lain kali bila saya nak buat roti lagi.. saya mesti pilih Ros punyer resepi .. tQ again Ros :)

Friday 2 April 2010

mee udang




Alamak beras nak habis ni .. nak gi Yamasan malas lah sgt. Yg ada dlm fridge cuma mee kuning, bukak kat freezer ada udang lebih hari tu.. Pikir punya pikir teringin pulak rasa nak makan Mee Udang. Ni semua gara2 sorang rakan FB yg upload gambar magie udang dia hari tu.. orang bujang leh la makan magie jer. Hmm apalagi mula lah surf my Resepi dan jumpa resepi mee udang ni dari che'iza tQ che'iza sebab kongsi resepi tu.

Bahan-bahan ( 3-4 org )

  • 1/kg mee kuning
  • 300 gm udang
  • 4 sb cili kering kisar
  • *4 ulas bawang merah
  • *3 ulas bawang putih
  • *1 sb udang kering
  • *1/2 inci halia
  • 1 sb petis
  • 3 sb sos tomato
  • 1 sb sos cili
  • keledek / kentang yg tlh direbus n di lenyek (optional- utk pekatkan kuah)
  • gula dan garam
  • taugeh dan sawi
  • daun bawang dan bawang goreng
  • * bhn perlu kisar

Cara-cara

  1. Rebus udang hingga masak... tapis keluar udang dan asingkan..
    simpan air rebusan td.
  2. Tumis cili kering kisar hingga garing... kemudian bahan kisar pula hingga garing dan naik bau.
  3. Masukkan air rebusan udang. biar kuah mendidih... Masukkan sos tomato, sos cili dan petis... Biar medidih
  4. Masukkan garam dan gula ikut rasa masing2 lah
  5. Masukkan keledek/kentang yg tlh dilenyek utk memekatkan kuah...
  6. Celur mee, taugeh dan sawi.
  7. Susun udang yg telah direbus tadi atas mee. Jgn lupa sawi dan taugeh yer... tuang kuah dan taburlah dgn daun bawang serta bawang goreng.
Oleh kerana menu ni utk makan malam nanti, so liza saya tak upload lagi pic nyer.. sebelum makan nanti baru snap pic tu.
Kemudian saya uploadkan..

Sekian menu malam ini..

Thursday 1 April 2010

Kuih Sagu

1st April dah hari ni..
Pagi ni sarapan yang sgt2 simple.. semalam hujan so hari ni mood pun lembap ikut cuaca.. hehe
Kuih sagu jer minum dgn Nescaffe O panas..



Bahan
150 gm sagu putih
2 1/2 cawan air
1/2 cawan gula
daun pandan
pewarna merah/hijau
kelapa parut gaul dgn garam sikit *( kat nihon sbb takde kelapa parut fresh so liza guna kelapa parut kering + serbuk santan + air masak sikit )


Cara

Basuh sekejap sagu dan toskan ( jangan basuh lama2, takut hancur )
Masak air bersama gula hingga gula larut.
Masukkan daun pandan dan pewarna merah/hijau. Biasanya merah le. Berseri sikit ;)
Bila air mendidih masukkan sagu dan kacau dgn api kecil hingga sedikit jernih dan pekat.
tuang ke dalam loyang yang telah dibasahkan terlebih dahulu. Sejukkan dan potong. Gaul dengan kelapa parut tadi..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

... jom cuci mata