Wednesday 15 September 2010

Homemade Pes Tomyam

 Assalamualaikum ;

Saje nak cuba buat pes tomyam ni , memandangkan mmg dah xde stok. Resepi asal saya " cnp " dari blog 
Ros, Jintanmanis




Homemade Pes Tomyam
1 buku kecil lengkuas ( bahagi 2, 1\2 dihiris nipis, 1\2 lagi diblender)
10 tangkai cili kering
1/2 biji bawang besar saiz kecil ( boleh ganti dengan 5 biji bawang merah)
2 biji bawang putih
2 batang serai ( dihiris halus)
1 sudu besar udang kering
2 helai daun limau purut ( di carik kasar)
5 biji cili padi ( sya x letak sbb anak2 tak makan pedas )
sedikit minyak untuk menumis
2 sudu besar jus lemon
sedikit belacan ( sya letak sebesar ibu jari )

Caranya

1. Mula-mula blender halus, cili kering, 1/2 buku lengkuas, bawang besar, bawang putih, udang kering dan belacan tambah dlm 1/2 cawan air. Ketepikan, selepas itu hiris halus cili padi.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang diblender tadi hingga naik bau, kemudian masukkan serai, cili padi, dan lengkuas, kacau lagi, akhir sekali masukkan daun limau purut dan jus lemon. kacau dan biarkan agak pekat. Masukkan sedikit gula dan garam.
3. Sejukkan dan masukkan dalam botol kaca, simpan di dalam peti ais dan bila nak guna ambil dalam dua atau tiga sudu besar dan tumis macam biasa serta masukkan bahan sayur dan makanan laut yang disukai. Senang dan menjimatkan. Selamat Mencuba.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

... jom cuci mata