Monday 24 January 2011

... Doa

لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ
 

Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau...maha Suci Engkau...sesungguhnya Aku tergolong dalam golongan yang dizalimi yakni lemah....

hafal lah doa ni bagus untuk ibu2 yg mengandung.semoga dipermudahkan waktu bersalin nanti.. insyaallah

Saturday 8 January 2011

lg petua utk cepatkan bukaan serviks ;

 

sebelum nak bersalin tu jalan seberapa banyak n kerap yg boleh....

pastu bila dah masuk dalam labour room n disuruh baring....

baring ke KIRI mengerekot@bongkok udang...bila ada contraction teran sikit2 supaya kepala baby turun sikit demi skit ke pintu serviks (bukan teran banyak2 macam nak bersalin tu tau nanti jadi lain plak).

Insyaallah akan cepat pintu serviks terbuka ke 10cm. 

sumber: dari kaum ibu di ruangan H.Bersalin 

* kumpul petua mcm nak bersalin esok .. hehe

due date lambat lagi.

... Kongsi Info

Salam untuk semua;
panduan ni kutip kat website Hospital Bersalin Facebook untuk semua yg bakal melahirkan baby,simpan sbgai panduan dan rujukan utk myself or sape2 yang baca entry ni... Take notes & cuba ye semua yg tertera,semoga selamat

Tanda Tanda Nak Deliver Baby

1. Bayi turun ke bawah

Ni tanda yang kebanyakkannya akan alami. Lepas tu, kalau orang-orang tua pulak, mesti akan cakap, perut dah jatuh sebab baby dah turun. Diorang mesti akan cakap dah tak lama dah la tu. Especially kalau nampak dah jatuh sangat. :) Lepas tu, muka ke, hidung ke, macam dah nampak sembam.

2.
Bila baby dah turun bawah
, time tu la biasanya kita akan rasa:

* sakit kat bahagian kelangkang. Time berjalan ke, duduk ke sebab baby menekan.
* Time tu asyik nak terkencing je.. hehehehehehe
* Ada yang cakap akan rasa sakit perut. Saya terasa sakit perut sebab adik ni asyik mengeras je.. hihihihihih
* kerap buang air besar. Tang ni, macam biasa jela, tiap hari

3. Sakit belakang

Sakit belakang ni dah alami. Especially kalau lama sangat tak bersandar. Sebab sakit belakang ni, sebab baby dah beralih dan menekan tulang belakang kita.

Cara nak kurangkan sakit:

* buat ala-ala macam merangkak (tapi jangan merangkak ke depan), lepas tu angkat atau tinggikan badan kita ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan. Then ulang.. :)
* Ada juga yang suggest dengan banyakkan berjalan. Hahahaha ni part paling best kalau berjalan gi shopping then membeli belah. Comfirm tak penatla time tu. Ekekekkekekeke Orang cakap kalau rajin berjalan ni boleh cepatkan bersalin.
* Tak pun, minta husband kita urutkan belakang badan kita dengan kuat masa berbaring mengiring


4. Pecah air ketuban

Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Ni la orang tua kata kembar air.

5. Kontraksi yang tetap dan berterusan

Kontraksi yang kerap dan berterusan lepas tu kontraksi tu every 5 minute je, cepat-cepat gi hospital
 
 Teknik Pernafasan Semasa Nak Deliver Baby
 Yg ni sure ramai yg x tau termasuk myself sendiri ... Kalau dpt hafal n practice bagus ni.
1. Masa kita rasa start nak sakit. ( awal-awal )

Time ni kita tarik nafas dalam-dalam ikut hidung, then keluarkan nafas ikut mulut.

2. Then bila dah rasa kontraksi makin kerap and semakin sakit

Time tu cuba tarik nafas pendek and cepat then lepas. Pendek-pendek je. Tarik nafas pendek ikut mulut, lepas pun ikut mulut.

3. Bila rasa macam nak meneran tetapi belum tiba masanya lagi.

Time ni tarik nafas 2 kali terus ikut hidung, then keluarkan ikut mulut. Tarik nafas and hembuskan tu pendek-pendek je. Ala-ala ’sniff’, ’sniff’, ‘fuhhhh’. Bila takde rasa nak meneran, hembuskan nafas yang lembut and macam biasa.

4. Bila tiba masa meneran

Time ni cara pernafasan dia adalah tarik nafas dalam-dalam melalui mulut, sebab oksigen masuk lagi banyak ikut mulut compare ikut hidung.. Then baru push sambil lepas nafas perlahan-lahan dengan satu nafas supaya baby tak tersekat dan betul-betul keluar.

Teran tanpa mengeluarkan suara dan sekiranya kehabisan nafas semasa meneran, jangan lepaskan kesemua nafas, terus tarik nafas semula. Ini bagi mengelakkan bayi masuk ke dalam semula. Time meneran tu dua-dua tangan pegang pada buku lali then masa meneran tu, kita tengok perut kita masa angkat kepala dan dagu cecah dada. Ini untuk elakkan dari kita angkat punggung.
Thanks to Pn Masniwati Jasim coz share the info and teknik ni. Mudah mudahan berguna ...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

... jom cuci mata