Wednesday 31 March 2010

Udang @ Shrimp

Dah lama sebenarnya nak tulis kat blog ni pasal udang.. hehe
mesti pelik kan sebab apa nak tulis pasal udang..
Begini ceritanya ;
dulu2 liza cuma tau kalau nak bersihkan udang mesti kene belah atasnye kan ?
satu hari tu tgk rancangan masak memasak ni kat NHK ( jepun punye )
baru lah liza tau satu cara lg nak bersihkan udang tanpa perlu buang kulit dan belah bhg atas nye.
Rasanya ramai yg tak pernah tau cara ni.. so meh kite belajar ;)
step 1
buang le kaki nye yg banyak tu biar kemas sikit kan
step 2
potong sikit bhgn ekor yg tajam tu , kalau nak potong lebih sikit pun takpe.. suke hati
step 3
ni yg paling penting nak cerita ;
guna satu benda yg tajam cam lidi/pencungkil gigi.. cucuk kat bhgn atas udang (1/3 dr ekor )
kemudian tarik keluar bende hitam kat udang tu ( nak panggil apa tak tau )
kalau betul caranya.. satu jalur bende tu akan keluar..
step 4
rendam le dengan air asam jawa etc mcm yg korang biasa buat kat rumah
cuci bersih sebelum masak

sebenarnya hari tu nak buat video bg tgk tp takde siapa nak tolong.. so nanti le kalau ada yg nak tolong ambikkan video leh la upload kat sini..
sekian ... coretan di petang Rabu

Aku dan Dia


Pagi ni editing ku berhasil .. sebenarnya sambungan dari editing malam tadi..
Aku beri title seperti di atas.. ;)
Entah macam mana boleh kami ada kat atas pokok kan ??
Apapun thanks to abg sebab merealisasikan CS4 ku.. hehe

Time Goes On ..

@ssalamualaikum dan selamat pagi ..

diam tak diam esok dah 1 April 2010 ; cepat betul masa berlalu kan ?
Lagi 8 hari zikry dah nak enter shougakkou.
Anak dah besar rupanya !
Lepas ni mula lah balik kesibukan aku di pagi hari.. kene siapkan bentou untuk babah dan zikry
kalau musim2 cuti ni ade la relax sikit sebab bentou hanya utk babah.
Tapi kan .. rumah kecik ni mesti lebih sunyi coz zikry gi
shougakkou kul 4.00 baru balik..
Hmm.. Maka bertambahlah kebosanan zafri di rumah bersama Ammi nye yg bz ni !!

Monday 29 March 2010

Salmon Bakar dgn Air Asam Kicap




Bahan2

ikan bakar
4 keping isi ikan Salmon
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sudu makan sos tiram
sedikit serbuk lada hitam / sulah
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam*
sedikit gula*
olive oil
* sebagai perasa shj
butter utk griss ikan selepas bakar

air asam kicap
bawang besar*
tomato*
cili padi*
*di hiris agak kasar
sedikit belacan bakar
perahan limau nipis
kicap

** campur semua bhn dan sebatikan , ikut citarasa sediri.. kalau nak pedas tambah cili padi etc.~ siap

Cara Masak

ikan bakar

bawang putih dan bawang merah di tumbuk.
semua bahan di campur kecuali butter.
perap ikan salmon bersama bhn yg dicampur tadi selama 1-2 jam
kemudian bolehlah dibakar sehingga masak
setelah masak gris dgn butter
siap

Sunday 28 March 2010

Heeee ...

Sebenarnya banyak sgt nak tulis tapi malas la pulak !!
Maafkan lah saya ..

にちようび

hmm.. weekend2 cam ni pun abg masih keje gak !
kadang2 memang la rasa leceh tapi bila pikirkan abg cari rezeki utk kami sefamily dan tanggungjawap abg pada family nye di Malaysia , terpaksa lah terima kan ?
Kami 3 beranak di rumah ni macam biasa dengan aktiviti harian yg rutin nya hampir sama setiap hari.. anak2 main je kejenye
Ni pun si adik sibuk ngan tisu2 nye.. habis bersepahYg abangnye pulak tak habis2 dgn iPhone babah yg full dgn game..
Ammi sibuk dgn sediakan sarapan dan apalagi berinternet le.
Kemas rumah tu kira kemudian coz kemas sekarang pun tak jd jugak. Pasti akan bersepah lagi !
Itulah rutin harian kami di rumah
Abang biasanya hari dah gelap baru balik...
Kesian tgk abg balik dalam cuaca sejuk yg tak habis2 lagi walaupun sepatutnya dah masuk musim bunga.. " sakura is all around ".Hari tu dah ade keluar bunga2 sakura tapi terbantut sebab sejuk balik lepas +-2 weeks cuaca suam2 ..
Sambil berblog sambil makan onigiri.. hehe
Zafri mg suka makan onigiri tapi abgye tak suka.. kalau makan pun sikit jer
Babah pun suka onigiri
Ammi pulak biasa2 aje.. kalau ade makan terutama yg ada Ebi..


gambar dari flickr account nickname seroja pictures
Nak tgk lagi gambar2 sakura atau lain2 jemputlah ke photostream Ammi ( panggilan bg mama ~ pakistani style ) yer

Saturday 13 March 2010

Butter with Cheese Cake

Bahan
150 gram butter
45-50 gram baby cheese
Sliced Cheese ( saya guna jenama Kraft )
3 biji telur saiz M
100-150 gram gula halus ( ikut citarasa sendiri kalau suka manis tambah gula )
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh baking powder*
200 gram tepung *

* di ayak bersama

Cara
1. Pukul butter dgn gula sampai kembang
2. Cairkan baby cheese dgn api yg sgt kecil kemudian masukkan dlm adunan butter dan gula tadi. pukul lagi
3. masukkan telur sebiji demi sebiji ( buangkan pusat supaya tidak hanyir ) di ikuti dgn esen vanila
4. tambahkan tepung yg diayak bersama baking powder sedikit demi sedikit. kacau hingga sebati.
5. tuang sedikit adunan dlm loyang, kemudian taburkan cheese utk pizza secara selang seli dgn adunan kek.. pastikan lapisan atas ialah cheese.
Bolehlah di bakar dlm oven. Kalau oven saya biasanya 180 degree selama 40 -44 minit.
Siap !!
gambar je dulu.. resepi kemudian la yer.. malas banget nih !


Tuesday 9 March 2010

Daging Masak Hitam Pedas



  • daging direbus
  • 3 sudu makan cili kering kisar
  • *2 batang serai
  • *bwg putih
  • *bwg merah
  • *halia
  • *belacan sebesar ibu jari
  • gula
  • garam
  • kicap manis dan kicap pekat
  • air rebusan daging

Cara-cara

  1. rebus daging sampai lembut kemudian tumbuk2 daging tu supaya pecah sikit
  2. blend semua bahan yang bertanda *
  3. perap daging dengan air rebusan daging tadi n bhn yg telah diblend.
  4. masukkan gula dan garam ikut rasa
  5. masukkan kicap manis sikit dan kicap pekat.. kicap pekat tak perlu bnyk sangat takut masin
  6. sebatikan
  7. kemudian tuang dalam kuali dan masak sampai kering sedikit.
  8. kalau daging dh lembut tak perlu masak lama2..
  9. sedia dihidangkan bersama nasi panas

Friday 5 March 2010

Hong Kong Style Chicken dan Hot Honey Prawns


 

Ingredients
5 ketul peha ayam
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 cm halia muda
2 sudu besar kicap pekat manis
1 sudu besar kicap cair masin
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil serbuk pati ayam
Directions


Bersihkan ayam dan toskan air. Hiriskan bawang besar. Bawang putih diketuk dan halia dimayang halus. Campurkan semua bahan-bahan tadi dan gaulkan dengan ayam.
Masukkan ke dalam periuk (slow cooker pun boleh) dan masak gunakan api yang kecil. Tutup periuk dan biarkan sehingga ayam masak.
Ayam akan mengeluarkan jus dan jika suka tambahkan 1/4 cawan air untuk kuahnya. Untuk menentukan ayam dah masak, daging ayam akan mula lekang dari tulangnya.
Enak dimakan bersama nasi.

















Resepi asal sakuraiman tetapi telah di ubahsuai sedikit ikut bh2 yg available kat rumah jer..

Bahan - bahan
•400 gm udang basah (diperap bersama serbuk kunyit, garam dan 1 sudu makan tepung jagung selama 10 minit. Kemudian digoreng sehingga garing)
•1 labu bawang besar*
•1 biji cili merah*
•3 ulas bawang putih*
•1 sudu makan madu (dibancuh dgn sedikit air)
•4-5 biji cili api (diketuk)
•1 sudu makan sos cili
•1/2 sudu makan jus lemon
•1/2 sudu besar kicap pekat
* Nori( rumpai laut ) sbg hiasan


Cara-cara :


  • Kisar bahan2 bertanda *.


  • Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar hingga garing.


  • Masukkan madu, kicap dan sos cili. Kacau sedikit.


  • Kemudian masukkan cili api.


  • Setelah kuah agak kering, masukkan udang dan jus lemon. Gaul mesra selama 10 saat. Tutupkan api. Hidangkan.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

... jom cuci mata