Friday, 17 September 2010

Caramel Cheese Pudding

 Assalamualaikum ;
 pada yg mengikuti blog sya yg x seberapa ni.

Suka saya nak bgtau kat sini, kalau korang tgk resepi2 yg ade kat sini boleh dikatakan kebykan nye sya ambil dr sumber2 lain. Mknenya saya ni x rajin nak cipta resepi sendiri. Kalau ade pun maybe ambik yg turun temurun dr mak sya. Lagi satu tujuan nye saya tempek resepi tu  supaya apa jugak masakan yg sya penah cuba boleh sya rujuk balik nanti disamping berkongsi resepi yg best2 dgn korang semua. Macam resepi ni yang saya cedok dr dapur Fith sekali lagi ( izinkan sya ye Fith ). Mmg tak rugi cube. bg penggemar puding caramel macam sya ni. Lain dr yg lain setakat yg sya penah jumpe la kan ... Nak try jom follow resepi ni sebab sblum ni saya buat x pernah jd elok . Selalu yg sya tgk resepi puding kene pakai susucair , tp kali ni pakai susu segar. Itu yg sya suke nak try sebab kat nihong  rasanya tak jumpe lagi susu cair mcm kat Malaysia tu.  Anyway; selamat mencube !

Karamel
30 gm gula
2 sudu kecil air
2 sudu besar air suam

Puding
90 gm cream cheese
30 gm gula
2 biji telur
225 ml susu segar
1 sudu besar jus lemon

Cara2

- untuk karamel - panaskan gula dan 2 sudu kecil air hingga perang. Masukkan 2 sudu besar air suam dan tuang ke dalam acuan yang sesuai.
- pukul cream cheese dan gula hingga sebati, masukkan telur dan pukul lagi.
- panaskan susu hingga hampir mendidih. Tuangkan dalam adunan cheese tadi, kacau sekata.
- tuang adunan ke dalam acuan berisi karamel tadi. Alas loyang dengan bekas lain yang berisi air.
- bakar 160darjah selama 40-45minit.

# saya bg 5 bintang utk resepi ni.


Ini lah hasilnye.. Sgt2 yummy tau !

Thursday, 16 September 2010

we are here in Matsuyama , Ehime


Bg yang teringin nak tengok bandar tempat kami stay ni ( Matsuyama ) boleh le tonton video ni, saya jumpa kat Youtube . Mmg cantik tempat kami ni ( muke serious ! )

Kuih Seri Muka

Assalamualaikum ;

Pagi ni sarapan kami ialah kuih ni le. Semalam buat pulut inti ade pulak balance pulut yg dah tanak. Rasa okay jugak kalau buat seri muka.
Resepi nye saya pakai nanasyam@myresepi.com . Tapi ade yg saya ubah ikut bhn2 yg senang dpt kat tempat saya ni.

Bahan Lapisan Pulut : ( sya buat separuh dr sukatan asal )
  • 500gm beras pulut
  • 400ml santan cair( sya pakai susu segar low fat )
  • 1 st garam
  • 2 sm minyak 
Bahan Lapisan Hijau :
  • 120gm tepung gandum
  • 3 sm tepung jagung
  • 140gm gula
  • 3 biji telur( utk separuh adunan sya pakai 1 biji telur aje )
  • 450ml santan pekat ( sya tukar dgn susu segar + santan powder )
  • 1/2 st garam
  • 300ml air + 10 helai daun pandan dikisar utk dijadikan air pandan (bagi yg tak mudah nak dptkan daun pandan..boleh digantikan dgn 1 st pandan paste)
Cara cara
  1. sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
  2. Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
  3. Toskan beras pulut. 
  4. Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
  5. Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
Keluarkan loyang dari kukusan dan ratakan permukaan pulut tadi. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.

Untuk lapisan atas
  1.  Pukul gula bersama telur hingga kembang..sikit je pun boleh.
  2.  Masukkan santan yg telah dilarutkan bersama garam. Diikuti dgn air pandan dan dipukul/dikacau lagi...
  3. Akhir sekali ayakkan tepung gandum & tepung jagung ke dlm adunan tadi. Dipukul/dikacau lagi agar tidak berbiji. Hendaklah ditapis adunan ini dan siap untuk dikukus ( sya masuk je dlm blender ~ malas nak tapis tapis )
  4. Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje.. letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 45min atau 1jam....
  5. PERINGATAN : kuih ini hendak lah betul2 sejuk barulah mudah dipotong n cantik dihidangkan.. jadi SELAMAT MENCUBA 

# saya dah cuba resepi ni dan ternyata tidak menghampakan. tQ pada nanasyam sekali lagi.

Cellulite removal exercises - How to get rid of cellulite fast


Assalamualaikum ;

Meh nak cerita sikit pasal selulit atau dlm English nye " Cellulite "

I cari ni kat Wikipedia
Cellulite is a topographic skin change that is claimed to occur in most postpubertal females.It presents as a modification of skin topography evident by skin dimpling and nodularity that occurs mainly in women on the pelvic region, lower limbs, and abdomen and is caused by the herniation of subcutaneous fat within fibrous connective tissue, leading to a padded or orange peel–like appearance


Mmg susah nak hapuskan selulit kalau tak kene caranya. Jom kita tgk video kat atas tu. Senaman atau pergerakan  yg bleh mengurangkan / menghapuskan selulit.

Wednesday, 15 September 2010

Check out Rahsia Tarian Poco-poco

Hi,
I want you to take a look at: Rahsia Tarian Poco-poco

so, ape kata bagi yg minat sgt tarian poco2 ni, tukar stepnye. Boleh ke mcm tu ?

Homemade Pes Tomyam

 Assalamualaikum ;

Saje nak cuba buat pes tomyam ni , memandangkan mmg dah xde stok. Resepi asal saya " cnp " dari blog 
Ros, Jintanmanis




Homemade Pes Tomyam
1 buku kecil lengkuas ( bahagi 2, 1\2 dihiris nipis, 1\2 lagi diblender)
10 tangkai cili kering
1/2 biji bawang besar saiz kecil ( boleh ganti dengan 5 biji bawang merah)
2 biji bawang putih
2 batang serai ( dihiris halus)
1 sudu besar udang kering
2 helai daun limau purut ( di carik kasar)
5 biji cili padi ( sya x letak sbb anak2 tak makan pedas )
sedikit minyak untuk menumis
2 sudu besar jus lemon
sedikit belacan ( sya letak sebesar ibu jari )

Caranya

1. Mula-mula blender halus, cili kering, 1/2 buku lengkuas, bawang besar, bawang putih, udang kering dan belacan tambah dlm 1/2 cawan air. Ketepikan, selepas itu hiris halus cili padi.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang diblender tadi hingga naik bau, kemudian masukkan serai, cili padi, dan lengkuas, kacau lagi, akhir sekali masukkan daun limau purut dan jus lemon. kacau dan biarkan agak pekat. Masukkan sedikit gula dan garam.
3. Sejukkan dan masukkan dalam botol kaca, simpan di dalam peti ais dan bila nak guna ambil dalam dua atau tiga sudu besar dan tumis macam biasa serta masukkan bahan sayur dan makanan laut yang disukai. Senang dan menjimatkan. Selamat Mencuba.

... harta kesayangan saya




ini basikal saya
printed kat body nye , no ape sya tak pasti

ade sit depan & belakang utk anak

ade no pendaftaran once kite beli beskal , mcm beli kete ade no plat kan ?



Ni le transport utama sya kat sini.  Kalau kat Malaysia, mesti kene gelak kan ?

Tengok le, dgn 2 sit budak ye. Tapi sya ingat kalau  balik nanti sya nak angkut skali le bende alah sit budak ni, Malaysia sya tak pasti ade ke tak. Walaupun sya jarang sgt  guna tapi memang sgt berguna jitensha (basikal) ni waktu2 sya nak cepat atau hantar ambik Zikry ke sekolah. Sit yg belakang tu utuk Zikry and  for sure yg depan tu Zafri. Jangan tak tau, Zafri pernah jatuh dari jitesha ni.. tak dok dia punye pasal. Masa tu sya dah turun . Senget skit dah sit nye.
Kat bwh ni saya saje nak letak view parking jitensha kat sini. Menunjukkan betapa basikal @ jitensha ni mmg kegunaan harian di sini ..
suasana tempat letak basikal di sebuah stesen densha = keretapi


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

... jom cuci mata