Friday 2 April 2010

mee udang




Alamak beras nak habis ni .. nak gi Yamasan malas lah sgt. Yg ada dlm fridge cuma mee kuning, bukak kat freezer ada udang lebih hari tu.. Pikir punya pikir teringin pulak rasa nak makan Mee Udang. Ni semua gara2 sorang rakan FB yg upload gambar magie udang dia hari tu.. orang bujang leh la makan magie jer. Hmm apalagi mula lah surf my Resepi dan jumpa resepi mee udang ni dari che'iza tQ che'iza sebab kongsi resepi tu.

Bahan-bahan ( 3-4 org )

  • 1/kg mee kuning
  • 300 gm udang
  • 4 sb cili kering kisar
  • *4 ulas bawang merah
  • *3 ulas bawang putih
  • *1 sb udang kering
  • *1/2 inci halia
  • 1 sb petis
  • 3 sb sos tomato
  • 1 sb sos cili
  • keledek / kentang yg tlh direbus n di lenyek (optional- utk pekatkan kuah)
  • gula dan garam
  • taugeh dan sawi
  • daun bawang dan bawang goreng
  • * bhn perlu kisar

Cara-cara

  1. Rebus udang hingga masak... tapis keluar udang dan asingkan..
    simpan air rebusan td.
  2. Tumis cili kering kisar hingga garing... kemudian bahan kisar pula hingga garing dan naik bau.
  3. Masukkan air rebusan udang. biar kuah mendidih... Masukkan sos tomato, sos cili dan petis... Biar medidih
  4. Masukkan garam dan gula ikut rasa masing2 lah
  5. Masukkan keledek/kentang yg tlh dilenyek utk memekatkan kuah...
  6. Celur mee, taugeh dan sawi.
  7. Susun udang yg telah direbus tadi atas mee. Jgn lupa sawi dan taugeh yer... tuang kuah dan taburlah dgn daun bawang serta bawang goreng.
Oleh kerana menu ni utk makan malam nanti, so liza saya tak upload lagi pic nyer.. sebelum makan nanti baru snap pic tu.
Kemudian saya uploadkan..

Sekian menu malam ini..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

... jom cuci mata