Thursday, 30 September 2010

... saya mcm penjual kuih

Assalamualaikum ;

Dah lama nak luahkan ayat ni, rasanya dah 2- 3 bln dok  ade ayat ni dlm kepala, terutama bila pikir pasal nak buat apa sarapan pagi esok. Hidup di bumi Nihong ni mmg buat saya rasa macam penjual kuih yg tiap2 hari itu je kejenye. Buat kuih ... Aneka kuih dah saya buat sebenarnya tp tak rajin nak buat entry kat blog ni macam org2 lain. Esok punya sarapan, malam ni dah sibuk pikir dan agak2 kuih tu makan masa nak siapkan waktu pagi kena lah buat malam.
Kali ni kuih utk sarapan esok ialah

Bingka Tepung Beras

Bahan2 ;

200g tepung beras
100 g gula pasir
sedikit gula perang
1/2 sudu teh garam
750 ml santan atau susu segar

Cara2 ;

Senang aje, saya masuk semua bahan dlm blender,
Lepas blend , saya masuk dlm periuk dan masak sampai agak2 pekat, tutup api, kacau lagi , kemudian tuang dlm loyang yg di lengser dgn minyak.
Bakar pada suhu 220' selama 40 minit atau bhgian atas kelihatan perang.
Selamat mencuba

... Tetiba teringat nak letak ni.


Assalamualaikum pada semua tak kira la follower atau tak.

Pagi ni tiba2 terklik file video raye saya untuk keluarga dan teman di Malaysia. Rasa cam nak tempek kat sini plak. Takpe kan ?
Layan je la ... dan di kesempatan ini, saya sekali lagi memohon ampun dan maaf andai ade tersilap kata atau perbuatan. Maaf kan saya zahir dan batin .


# entry tertangguh

... omiyage lagi dan lagi

Salam pagi Khamis.

Entry kali ni pasal omiyage atau pun dlm bahasa omputih nye souvenir.
Alkisahnye ... ade satu hari tu tulis kat muka buku pasal menghitung hari bakal jadi ibu bekerjaya semula, biasa la bila dah tulis status tu, ade aje lah yg click kat komen tu. Kawan2 biasa la suke menyakat nak2 kalau tgh boring kat opis tu ha.  My adik kate,  " cepat la balik, kami semua rindu nak tgk hangpa semua. " Rindu jugak eh depa semua kat kami ni ye, terharu pulak.
Dalam ramai2 yg komen tu, ade la sorang insan ni yg bagi komen berbunyi "
MASA NI LE SAPE2 NK MNTK SOUVENIR DR LIZA LEH TEMPAH AWAL2.KAN LIZA KAN.. " aduh tu yg tak tahan dgr tu, Bukan ape takkan tiap2 kali balik Malaysia kene hangkut omiyage kot, letih le nak sara duit bende alah tu. Maaf le, mungkin tak dapat tunaikan permintaan korang tu, kalau utk family terdekat tu lainlah kan ??
Ini pulak kisah sorang lagi teman di Malaysia dlm mukabuku la jugak ni , saje nak kongsi citer. Dia ni lelaki, kisahnye, pantang online je chat box tu mesti ade dia tegur and cakap belilah apa2 utk dia bila balik nanti, heee seram nak bukak chat box tu pasal ayat dia ni la. Macam dia nak ingatkan supaya beli jugak2 omiyage utk dia nanti. Bla bgtau kat hubby, senyum aje dia coz dia pun kenal org tu.
Mesej yg cuba disampaikan kat sini sebenarnye ialah korang jgn la suke suke ati nak kirim souvenir kat orang sebab ade kalanya org tak berkenan nak2 kalau muke itu je yg dok pesan itu ini. dan bila org tu tak berkenan maka dia jd tak ikhlas kan ? Biarlah pemberian tu ikhlas baru ade berkatnye... Tak perlu meminta minta.

Wassalam

Friday, 24 September 2010

... semalam , hari ini dan esok- esok

Assalamualaikum ;

autumn 2009

Semalam satu hari yg sgt2 sejuk dgn hujan yg hampir sepanjang hari. Hari ni cuaca agak mendung di Toon shi, tapi mendung tak bererti hujan kan ?  Suhu dijangkakan +/-  18'C. Agak agaknye summer akan pergi dan autumn akan bertamu. Best nye pasni dpt tgk daun2 berguguran atas jalan. Tapi yg tak best sikit pasal kalau nak tukar musim ni badan rasa tak kene je. Nak nak kalau winter.. lagi le, kain pun susah nak jemur.  macam pasar malam bila malam hari. Kain penuh. hehe ..



atas bukit ni sejuk ~ pakai baju winter. hehe
  


 

Ooo ye. Hari Ahad ni di jadualkan 'undokai' = Sukan Day kat shogakkou Zikry. Macam mane lah kalau berangin pulak masa tu, berdebu la . Padang pasir la katakan. Harap harap tak hujan atau berangin sgt. Kalau hujan postpone tarikh ke 27 atau 28 ( x dpt le abang pegi same nanti ) kesian Zikry.
Kat atas ni semua gambar2 thn 2008 dan 2009  masa musim luruh. Gambar 2006 tak jumpe cari dah.
Uwaa.. nanti kalau ade sya edit le. Cepat aje masa berlalu. Mungkin ini tahun terakhir kami nak rasa 4 musim di Nihong. Alhamdulillah dpt merasa hidup di negara orang.
Ape pun, semoga hari2 medatang dapat saya lalui degan penuh kesabaran dan kesyukuran pada Allah.

Tuesday, 21 September 2010

... mood beli belah

Assalamualaikum ;

xde ape nak corat coret kat sini , tp rasa gian nak tulis. tulis ajelah pasal mood semenjak nak raye ari tu. shopping ! entah le kenapa. semenjak shopping raye ari tu boleh kata tiap2 minggu dok berulang gi jusco ngan uniqlo. terasa mcm best pulak . heh. dpt beli accessories pun jadi je. Inikan pulak baju , seluar.
Ahad lepas gi Nishimatsuya = kedai yg popular kat sini jual pakaian kanak2. Dapat beli baju untuk 2 Izz.
Yg lagi best dpt beli jinbei = japanese traditional home wear for summer. Bukan untuk 2 Izz tapi untuk di jual bila balik Malaysia nanti. dapat 3 pasang tapi untuk baby. sgt2 cute. i like !! InsyaAllah balik bln 1 nanti nak launching blog utk online biz la pulak. .. heheh ( boleh ke ? ) sebelum ni dah penah jual Yukata = ala2 kimono gtu tp bukan kimono ..  kat kwn di Malaysia. tu yg rasa teruja tu. Nak tau lagi bleh refer
Japan Style byk lagi maklumat lain.
sekian  terima kasih ;)

jinbei baby ..

Kek Pisang Marble




This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
Bahan bahan

2 cawan tepung gandum
1 cawan gula ( sya letak 3/4 cwn je )
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan susu segar ( saya letak 3/4 cwn sebab sblm masuk susu , adunan saya nampak  pekat je )
4 biji pisang yang ranum ( 3 biji pisang )
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
secubit garam
sedikit esen vanila
3 biji telur ( sya guna 2 biji saje saiz M )
sedikit coklat emulco ataupun serbuk koko

Cara-caranya

1. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat, selepas itu, lenyek pisang dan campur sedikit dengan garam, ketepikan, kemudian, pukul telur bersama gula hingga kembang.

2. Setelah adunan telur sudah kembang, masukkan pisang yang telah dilenyek tadi bersama minyak masak, kacau sebati, selepas itu masukan tepung sedikit demi sedikit dan masukkan pula susu segar dan esen vanila, kacau sebati menggunakan spatula atau senduk kayu.

3. Ambil kira-kira 2 senduk adunan kek, dan campurkan dengan coklat emulco atau serbuk koko, kacau sebati dan ketepikan. Curah baki adunan kek pisang di dalam acuan bulat, kemudian curah pula adunan coklat, lorekkan perlahan dengan menggunakan garpu, bakar kek pada suhu 170 darjah celcius selama 60 minit, setelah siap di bakar, sejukkan atas redai , Selamat Mencuba. 



ni rupe sebelum masuk oven


presentation x lawa. :)
#  hasil resepi yg bebrapa sukatan bhnnye di ubahsuai. maybe saye kene kurangkan masa bakar coz  rasa cam terlebih garing pulak. rasa dah ok. tp saya tak berapa puas ati ngan rupe kek saya. kalau ade yg nak try better refer resepi asal di sini oleh ros jintanmanis.com .

Friday, 17 September 2010

Caramel Cheese Pudding

 Assalamualaikum ;
 pada yg mengikuti blog sya yg x seberapa ni.

Suka saya nak bgtau kat sini, kalau korang tgk resepi2 yg ade kat sini boleh dikatakan kebykan nye sya ambil dr sumber2 lain. Mknenya saya ni x rajin nak cipta resepi sendiri. Kalau ade pun maybe ambik yg turun temurun dr mak sya. Lagi satu tujuan nye saya tempek resepi tu  supaya apa jugak masakan yg sya penah cuba boleh sya rujuk balik nanti disamping berkongsi resepi yg best2 dgn korang semua. Macam resepi ni yang saya cedok dr dapur Fith sekali lagi ( izinkan sya ye Fith ). Mmg tak rugi cube. bg penggemar puding caramel macam sya ni. Lain dr yg lain setakat yg sya penah jumpe la kan ... Nak try jom follow resepi ni sebab sblum ni saya buat x pernah jd elok . Selalu yg sya tgk resepi puding kene pakai susucair , tp kali ni pakai susu segar. Itu yg sya suke nak try sebab kat nihong  rasanya tak jumpe lagi susu cair mcm kat Malaysia tu.  Anyway; selamat mencube !

Karamel
30 gm gula
2 sudu kecil air
2 sudu besar air suam

Puding
90 gm cream cheese
30 gm gula
2 biji telur
225 ml susu segar
1 sudu besar jus lemon

Cara2

- untuk karamel - panaskan gula dan 2 sudu kecil air hingga perang. Masukkan 2 sudu besar air suam dan tuang ke dalam acuan yang sesuai.
- pukul cream cheese dan gula hingga sebati, masukkan telur dan pukul lagi.
- panaskan susu hingga hampir mendidih. Tuangkan dalam adunan cheese tadi, kacau sekata.
- tuang adunan ke dalam acuan berisi karamel tadi. Alas loyang dengan bekas lain yang berisi air.
- bakar 160darjah selama 40-45minit.

# saya bg 5 bintang utk resepi ni.


Ini lah hasilnye.. Sgt2 yummy tau !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

... jom cuci mata