Sunday, 17 October 2010

Roti canai dan Murtabak Daging


Assalamualaikum ;

Kali ni entry menu breakfast pagi td ye. Tapi nak letak pic's dulu ye. Boleh ??



murtabak daging close up.

kuah bwg close up .

zafri and zikry breakfast roti canai

... dah siap pun

bantal baby yg dah siap ;)
kelam nyer kan ?


 Assalamualaikum ..

Lama rasanya ami ( panggilan ibu style Pakistani ) tak menulis kan. Mesti pelikkan, kenapa ami.. Saya ni berkahwin dgn hubby yg berketurunan Pakistan + Chinese.
Balik pada citer asal ye,  bz sangat la konon kan .. sebenarnya dlm masa tak berblog tu ami berusaha menyiapkan bantal baby .. hehe . Bukan ade special occasion okay, saje  nak buat utk kenangan , kunun2 nye hasil kraftangan masa dok nihon la. Walhalnye sebelum ni tak berasa pun nak buat apa2. Sekali lagi tQ utk Norlin kerana telah berjaya membuka pintu hati  ini utk menunjukkan bakat terendam ni.  Heehee.. Kata Norli buat la sarung bantal gunakan kain Japanese Design, tu yg usaha pi cari jugak2 tu .. Norli terima kasih lagi sebab ajar cara jahitan simple ni ( sblum ni tak pernah tau pun ).. Itu lah ami yg sebenarnya. serba serbi tak tau walaupun bende2 sesenang tu.
Ok lah, tu je nak tulis buat masa ni. Kalau senang nanti nak tulis entry sarapan pagi hari ni, murtabak daging dan roti canai.
Insya Allah.
jahitan nye

Monday, 11 October 2010

Coretan khas untuk Norlin Amir Izzani ..

 Assalamualaikum,

Kembali bersiaran dr blog " Cerita dari Ehime " .. ;)
Saje nak citer je nih, Sabtu ari tu, buat kan puding Caramel khas utk mak buyong Norlin ( jgn marah ye noli ) yg kuat teringin semenjak menunggu hari ni... nak masak2 pun dah malas katanye. Kesian pulak kakliza kat noli, tu yang kakliza cakap kat Sahab nak buat jugak untuk noli sebelum noli bersalin. Nanti kalau dah dlm pantang, tak dapek den nak nolong dah.. hehe ..
Dah macam nulis surat pulak kat noli ni.. Sebenarnye noli, kakliza tak rasa pun puding tu.. Entah ape la rasanya. Nanti noli komen ye. Resepi kakliza ambik kat Fith  aje. Kalau nak tengok resepi asal ade di bwh ni, cuma kakliza buat separuh bancuhan je...  Maaf la kalau rupa tak cantik ye.

Bahan - bahan

Karamel:
5 sudu besar gula
4 sudu air
Puding:
4 biji telur - suhu bilik
5 sudu besar gula halus
400 ml susu segar
beberapa titik esen vanila
Cara - cara

Karamel
- masukkan gula dan 2 sudu besar air ke dalam periuk. Masak atas api sederhana hingga gula sedikit keperangan, masukkan baki air dan biar gula perang. Tutup api dan cepat2 tuang dalam loyang, ketepikan
Puding 
- masukkan telur ke dalam mangkuk, sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit, pukul perlahan2   hingga sebati, jangan sampai berbuih
- panaskan susu dan esen vanila, jangan sampai mendidih, agak2 suam saja
- masukkan susu tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur, kacau sebati
- tuang dalam loyang berisi karamel tadi
- alaskan dengan dulang yang diisi air, bakar pada suhu 160darjah selama 40-45 minit

# ikut kata fith kalau nak kukus pun boleh. Tapi kakliza pun prefer masuk oven je atas alasan yg sama ..  pengukus cinonet..

Selamat menjamu selera ( entah2 dah abis kot ye Noli. ) hehe.

Thursday, 7 October 2010

... Roti ala Perancis dari dapur saya

 Assalamualaikum.
Salam di pagi Khamis.
Semalam mood meroti saya dtg balik. Tinjau2 blog kengkawan , jumpe resepi roti yg saya blum pernah cube lagi. Resepi ni dtg dari dapur  Emi yg skarang stay kat Melaka. Kalau nak singgah blog Emi boleh la click  DI SINI. Byk jugak resepi2 menarik. 
To Emi , ..
      Kakliza copy resepi Emi ye. 
Tapi kakliza ada adjust sikit resepi ni.
Resepi ni diberi nama Pain = Bread ; Au Lait = Milk dalam bhs French .
Saya cicah ngan Hot Choc Vanhoutten masa bersahur tadi .. sgt sedap !!

Pain Au Lait ( Delicious Milk Bread )

Bahan-bahan
 
230g tepung gandum ( saya guna 40 gram )
60g tepung roti ( saya guna 250 gram )
125ml susu segar
4g yis kering
50g telur ( 1 biji saiz M )
38g gula
5g garam ( saya letak 3/4 sudu teh )
63g butter
Gula pasir kasar ( takde gula pasir, saya guna gula halus kat nihong ni je )

Cara-cara (Kaedah Breadmaker)
1. Masukkan susu, garam dan gula ke dalam breadmaker. Masukkan juga telur. Kemudian tepung dan yis.

2. Setting menu Dough dan ON kan.

3. Bila adunan doh telah sebati, masukkan butter dan biarkan breadmaker terus menguli sehingga habis lebih kurang 1 jam 30 minit.

4. Bahagi2kan doh kepada 10 ketul dan rehatkan lebih kurang 15minit.

5. Ambil sebiji dan canai membentuk circle atau oval, lebih kurang 8 cm. 

6. Tutup doh dan biarkan naik sekali ganda lagik lebih kurang 30-40 minit.
Sebelum bakar, sapukan doh dengan campuran telur dan susu segar serta madu setitik. Kemudian guntingkan sedikit atas permukaan roti. Tabur gula.

7. Bakar suhu 170-180 selama 10-15min atau hingga keperangan.

8. Angkat dan sejukkan di atas redai.

Tadaaa.. hasilnye seperti ini ; 



Bagi yg ingin try, selamat meroti. Daaa ...

... toon shi bergegar lagi

Semalam 6 Oktober 2010 , buat kesekian kali nye , gegaran berlaku lagi di tempat ni . Masa tu jam lebih kurang 1400 pm. Baru lepas tido kan Zafri. Kali ni agak2 dlm 8 ke 10 second. Bangunan Chuyo ni kalau ade gegaran mmg seriau gak le, bunyi dia... Istighfar saya entah berapa kali ..

Thursday, 30 September 2010

... 1st Undoukai for Zikry

 Assalamualaikum ;

Sekali lagi nak semakkan blog dgn gambar2 yg tak seberapa. kali ni sekitar acara Undoukai Kawakami Shogakkou hari Ahad lepas.
Memandangkan Zikry baru  dlm 1 nen sei, makna nye ini lah kali pertama anak bujang saya tu terlibat dlm acara sukan besar macam ni. dan kali pertama jugaklah kami sebagai ami dan babah hadir acara sukan anak kami. hehe, semangat ami nye ni, jgn cerita lah. Pagi2 dah buat sarapan bg si anak makan supaya dpt dia cergas sikit hari tu. Babah kene la antar Zikry pagi tu sebab ami sibuk buat bentou utk tghari nanti kat padang sekolah. Menu hari tu ialah nasi lemak  sambal ikan bilis , telur rebus dan ayam goreng ala KFC tu. Dah siap tu terus bangunkan si kecik pulak. Dia mmg mcm tu, kalau ada rancangan nak kene keluar pagi mmg dia bangun lambat, tp kalau takde buat ape pagi 2 mmg dia awal mcm ami dia jugak , sibuk di dapur. kadang2 rimas sbb susah nak bergerak dlm dapur yg cumel tu. Dah siapkan dia dan semua dah ready kami pun keluar naik beskal je pagi tu, parking sekolah dah dibgtau akan penuh dan digalakkan tak bw kuruma ( kereta ).
Ni dia antara photo acara yg mula2 masa kami sampai tu jam 0830 sampai la selesai jam 1500. Kalau suke tengoklah...


masuk padang

warm up dulu ramai2

termenung jap !

perkenalkan team Aka dan Shiro

persembahan oleh 二  nen sei


acara masukkan bola dlm bakul. oleh 一 nen sei



nak jugak bergambar ;)

ape lah depa buat tu ?




tukar tempat utk acara tarik tali

ready utk tarian .. 一 nen sei

shiro kumi mendahului ..

zafri bosan tgk sukan, dia cari kwn main

nishimura kazuho, best friend zikry

ni acara tiup & pecahkan belon utk sensei dan ajk PTA

tido pulak pakcik ni lepas lunch

acara lepas lunch, panjat tiang ambik  bende alah tu

kwn2 zikry yg berkenan tgk kamera nikon  saya
persembahan samurai oleh ( 5)  dan ろく( 6)nen sei









hehe, zikry masuk lumba lari. dpt no last. tp jd la asalkan dia semangat kan !!

 hensem .. Yamanouchi Sensei



tak syak lagi, mmg selalunye bendera Malaysia tak tersenarai

with you ;)



koucho sensei ( principal ) bg ucapan



abiss dah !
Selesai lah acara hari tu.. Bangga jd ami dan babah kepada satu satu nye foreigner sekolah tu.. hehe 
Gambatte Zikry untuk acara2 seterusnye !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

... jom cuci mata