Thursday 7 October 2010

... Roti ala Perancis dari dapur saya

 Assalamualaikum.
Salam di pagi Khamis.
Semalam mood meroti saya dtg balik. Tinjau2 blog kengkawan , jumpe resepi roti yg saya blum pernah cube lagi. Resepi ni dtg dari dapur  Emi yg skarang stay kat Melaka. Kalau nak singgah blog Emi boleh la click  DI SINI. Byk jugak resepi2 menarik. 
To Emi , ..
      Kakliza copy resepi Emi ye. 
Tapi kakliza ada adjust sikit resepi ni.
Resepi ni diberi nama Pain = Bread ; Au Lait = Milk dalam bhs French .
Saya cicah ngan Hot Choc Vanhoutten masa bersahur tadi .. sgt sedap !!

Pain Au Lait ( Delicious Milk Bread )

Bahan-bahan
 
230g tepung gandum ( saya guna 40 gram )
60g tepung roti ( saya guna 250 gram )
125ml susu segar
4g yis kering
50g telur ( 1 biji saiz M )
38g gula
5g garam ( saya letak 3/4 sudu teh )
63g butter
Gula pasir kasar ( takde gula pasir, saya guna gula halus kat nihong ni je )

Cara-cara (Kaedah Breadmaker)
1. Masukkan susu, garam dan gula ke dalam breadmaker. Masukkan juga telur. Kemudian tepung dan yis.

2. Setting menu Dough dan ON kan.

3. Bila adunan doh telah sebati, masukkan butter dan biarkan breadmaker terus menguli sehingga habis lebih kurang 1 jam 30 minit.

4. Bahagi2kan doh kepada 10 ketul dan rehatkan lebih kurang 15minit.

5. Ambil sebiji dan canai membentuk circle atau oval, lebih kurang 8 cm. 

6. Tutup doh dan biarkan naik sekali ganda lagik lebih kurang 30-40 minit.
Sebelum bakar, sapukan doh dengan campuran telur dan susu segar serta madu setitik. Kemudian guntingkan sedikit atas permukaan roti. Tabur gula.

7. Bakar suhu 170-180 selama 10-15min atau hingga keperangan.

8. Angkat dan sejukkan di atas redai.

Tadaaa.. hasilnye seperti ini ; 



Bagi yg ingin try, selamat meroti. Daaa ...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

... jom cuci mata