Assalamualaikum ;
Dah lama nak luahkan ayat ni, rasanya dah 2- 3 bln dok ade ayat ni dlm kepala, terutama bila pikir pasal nak buat apa sarapan pagi esok. Hidup di bumi Nihong ni mmg buat saya rasa macam penjual kuih yg tiap2 hari itu je kejenye. Buat kuih ... Aneka kuih dah saya buat sebenarnya tp tak rajin nak buat entry kat blog ni macam org2 lain. Esok punya sarapan, malam ni dah sibuk pikir dan agak2 kuih tu makan masa nak siapkan waktu pagi kena lah buat malam.
Kali ni kuih utk sarapan esok ialah
Bingka Tepung Beras
Bahan2 ;
200g tepung beras
100 g gula pasir
sedikit gula perang
1/2 sudu teh garam
750 ml santan atau susu segar
Cara2 ;
Senang aje, saya masuk semua bahan dlm blender,
Lepas blend , saya masuk dlm periuk dan masak sampai agak2 pekat, tutup api, kacau lagi , kemudian tuang dlm loyang yg di lengser dgn minyak.
Bakar pada suhu 220' selama 40 minit atau bhgian atas kelihatan perang.
Selamat mencuba
No comments:
Post a Comment